Assalamualaikum w.b.t.
Alhamdullilah dipanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah swt kerana dengan
izin dan hidayahnya dapat saya mencatatkan sepatah dua kata dalam
ruangan ini.
Abad ke-21 merupakan penuh cabaran kepada
seluruh rakyat Malaysia kerana dalam abad ini kita berhadapan dengan
Era Globalisasi, Alam Siber, Teknologi Maklumat dan sebagainya di mana
kalau kita tidak bergerak seiring dengan kemajuan ini maka sudah pasti
kita akan ketinggalan. Sebagai tunggak penyalur ilmu kepada seluruh
lapisan masyarakat Malaysia, Kementerian Pelajaran Malaysia mengorak
langkah, bergerak bersama seiring dengan negara-negara lain di dunia
dengan memperkenalkan dasar-dasar baru, penyemakan semula sukatan
pelajaran untuk disesuaikan dengan perkembangan pendidikan semasa.
Langkah kerajaan dengan mewujudkan MSC (Multy Media Super Corridor),
pelaksanaan pengajaran Matematik & Sains dalam bahasa Inggeris,
pembinaan makmal komputer di sekolah-sekolah seluruh negara secara
berperingkat-peringkat adalah sebahagian daripada usaha ini.
Sebagai
sebuah sekolah yang telah memiliki blog sendiri, maka pihak pentadbiran
telah berusaha memurnikannya lagi dengan penambahbaikan dan ditambah
nilai dari semasa ke semasa. Adalah diharapkan, blog sekolah yang sedia
ada dapat dimanfaatkan oleh warga sekolah dan masyarakat setempat
untuk lebih mengenali secara dekat perkembangan sekolah ini di samping
membantu meningkatkan lagi tahap pencapaian murid di dalam akademik dan
kokurikulum.
Selaku pentadbir sekolah, saya
mengucapkan syabas dan tahniah kepada Sidang Pengarang Blog Sekolah yang
sentiasa mengembeleng banyak tenaga dan idea bagi menjayakan projek
ini di samping sentiasa bersedia memberikan sokongan dan dukungan demi
menjayakan usaha murni ini. Semoga segala usaha ini dapat memberi
banyak manfaat dan impak yang baik kepada warga sekolah ke arah
melahirkan generasi cemerlang, gemilang dan terbilang.
"CEMERLANG dan
BERKUALITI"
"1 MALAYSIA, RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN"
ABU BAKAR BIN
MD ZAIN
Guru Besar,
SK. Sungai Anib 1 Sandakan
No comments:
Post a Comment