Sekolah Rendah - Murid/Pelajar

Pelajaran Rendah

Pendidikan sekolah rendah mengambil masa enam tahun. Kanak-kanak selalunya memulakan pendidikan sekolah rendah ketika berumur tujuh tahun. Pendidikan sekolah rendah merupakan kesinambungan kepada pendidikan prasekolah.

Selain daripada membaca menulis dan mengira, mereka akan didedahkan kepada subjek-subjek lain seperti sains, pendidikan jasmani dan pendidikan Islam dan moral.

Pada penghujung pengajian mereka pada Tahun 6, mereka akan menghadapi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

Ujian tersebut menguji:-

  • Penguasaan kefahaman, penulisan dan lisan bagi Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris
  • Penguasaan kemahiran matematik
  • Penguasaan konsep sains

TAHAP 1 - Tahun 1 - 3
   
Prasekolah
        Komponen:

           1. Bahasa dan Komunikasi
           2. Perkembangan Kognitif
           3. Kerohanian dan Moral
           4. Perkembangan Sosioemosi
           5. Perkembangan Fizikal
           6. Kreativiti dan Estatik


    Sekolah Rendah
        Mata Pelajaran Teras:

           1. Bahasa Melayu
           2. English Language
           3. Bahasa Cina (SJKC)
           4. Bahasa Tamil (SJKT)
           5. Mathematics
           6. Science
           7. Pendidikan Islam
           8. Pendidikan Moral


        Mata Pelajaran Wajib:           1. Pendidikan Jasmani
           2. Pendidikan Kesihatan
           3. Pendidikan Seni Visual
           4. Pendidikan Muzik


        Mata Pelajaran Tambahan:
           1. Bahasa Cina Komunikasi
           2. Bahasa Tamil Komunikasi
           3. Bahasa Arab Komunikasi
           4. Bahasa Iban (bermula tahun 3)
           5. Bahasa Semai (bermula tahun 3)


TAHAP 2 - Tahun 4 - 6

        Mata Pelajaran Teras:
             1. Bahasa Melayu
             2. English Language
             3. Bahasa Cina (SJKC)
             4. Bahasa Tamil (SJKT)
             5. Mathematics
             6. Science
             7. Kajian Tempatan
             8. Pendidikan Islam
             9. Pendidikan Moral
            10. Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan


        Mata Pelajaran Wajib:
           1. Pendidikan Jasmani
           2. Pendidikan Kesihatan
           3. Kemahiran Hidup
           4. Pendidikan Seni Visual
           5. Pendidikan Muzik


        Mata Pelajaran Tambahan:

           1. Bahasa Cina Komunikasi
           2. Bahasa Tamil Komunikasi
           3. Bahasa Arab Komunikasi
           4. Bahasa Iban
           5. Bahasa Kadazandusun
           6. Bahasa Semai.
Sumber: http://www.moe.gov.my

Guru Cemerlang

“Guru Cemerlang ialah guru yang mempunyai pengetahuan, kemahiran, dan kepakaran yang tinggi dalam mata pelajaran khususnya dalam bidang pengajaran dan pembelajaran. Guru Cemerlang juga sentiasa berdedikasi dan bermotivasi dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang cemerlang secara berterusan.” - Buku Terma Rujukan konsep Guru Cemerlang
Pengetua, Penolong Pengetua, Guru Besar dan Pegawai Pendidikan.
Jawatan-jawatan yang dinyatakan tadi merupakan antara jawatan yang tertinggi dalam bidang perguruan. Kenaikan pangkat dalam bidang perguruan cenderung untuk menjauhkan guru daripada melibatkan diri dalam pengajaran di bilik darjah.
Secara tidak langsung, bidang perguruan kehilangan guru-guru yang pakar dan berdedikasi dalam bidang masing-masing apabila mereka dinaikkan pangkat.
Menyedari hakikat tersebut, kenaikan pangkat Guru Cemerlang diperkenalkan mulai 1993 sebagai peluang kenaikan pangkat yang lebih baik bagi guru gemilang yang tidak meninggalkan bilik darjah.
Objektif kenaikan pangkat Guru Cemerlang
1-Memberi pengiktirafan kepada guru yang cemerlang dalam mata pelajaran atau bidang pengkhususan masing-masing.
2-Meningkatkan pencapaian kualiti pengajaran dan pembelajaran (P&P).
3-Menjadikan Guru Cemerlang role model kepada guru lain.
4-Meningkatkan motivasi guru.
5-Meningkatkan kecemerlangan sekolah dengan berkongsi pengalaman dan kemahiran Guru Cemerlang.
6-Memperluaskan peluang kenaikan pangkat dalam perkhidmatan pelajaran.
7-Membolehkan guru dinaikkan pangkat tanpa perlu meninggalkan tugas mengajar atau bertukar ke jawatan pentadbiran.
8-Menyediakan peluang untuk guru naik pangkat ke gred yang lebih tinggi secara laluan laju (fast track), khas Untuk Penyandang (KUP). © Sumber - KPM

Tokoh Maulidur Rasul 1431H/2010

Timbalan Dekan di Institut Pemikiran dan Ketamadunan Islam Antarabangsa (ISTAC), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia(UIAM), Profesor Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid diumumkan penerima Anugerah Perdana Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan pada tahun ini. Beliau menerima anugerah terbabit daripada Timbalan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu''adzam Shah pada majlis sambutan Maulidur Rasul peringkat kebangsaan di Masjid Putra di sini hari ini.Beliau menerima hadiah wang tunai berjumlah RM50,000, plak, sijil dan hadiah iringan.Enam penerima anugerah Maulidur Rasul yang lain ialah usahawan Faiza Bayumi Syed Ahmad, pendakwah dan penceramah bebas Datuk Abu Hassan Din Al-Hafiz, Pegawai Penyelidik Dr Tan Swee Lian, Pengarah Institut Penyelidikan Produk Halal, Universiti Putra Malaysia (UPM) Profesor Dr Yaacob Che Man, pesara dan bekas Pengarah Kesihatan Datuk Dr Abdul Razak Kechik dan pelajar Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamel.Masing-masing menerima hadiah wang tunai RM22,000, sijil dan hadiah iringan. - Bernama
© Copyright -
http://www.hmetro.com.my (26/02/2010)

Sekolah Bestari

Apakah perbezaan antara sekolah yang sedia ada Sekolah Bestari?
Apabila dilaksanakan sepenuhnya, ciri-ciri berikut akan dilihat pada sekolah yang telah menjadi sekolah bestari :
-Semua murid berupaya belajar mengikut keperluan, kebolehan dan gaya pembelajaran masing-masing.
-Guru akan mengadaptasi kurikulum kebangsaan yang luas dengan mengambilkira keperluan dan kebolehan murid supaya selaras dengan pengalaman murid.
-Persekitaran sekolah adalah kondusif untuk aktiviti pembelajaran, menggalakkan murid mengamalkan gaya pembelajaran akses kendiri, terarah kendiri dan berkadar kendiri dengan guru sebagai fasilitator untuk menggalakkan minat belajar secara berterusan.
-Pentaksiran murid dijalankan secara berterusan dan digunakan untuk menggalakkan pembelajaran.
-Pengetua atau Guru Besar sekolah akan bertindak sebagai pemimpin pendidikan dan disokong oleh sekumpulan tenaga pengajar yang profesional dan berkaliber.
-Tahap penglibatan dan sokongan ibu bapa dan komuniti adalah tinggi. Contohnya, ibu bapa akan terlibat sama dalam menentukan program pembelajaran anak-anak mereka. Mereka juga akan membantu guru-guru yang memerlukan bantuan dalam menjalankan aktiviti-aktiviti dalam dan luar bilik darjah serta lawatan sambil belajar.
Apakah Sekolah Bestari?
Sekolah Bestari Malaysia ialah institusi pembelajaran yang direka semula secara sistemik sistemik dari segi amalan pengajaran-pembelajaran dan pengurusan sekolah untuk membantu kanak-kanak menghadapi Zaman Maklumat.Komponen utama Sekolah Bestari adalah seperti berikut :
1-Pengajaran dan Pembelajaran (P&P)
2-Sistem Pengurusan Sekolah Bestari
3-Polisi
4-Sumber Manusia, Kemahiran dan Sikap
5-Teknologi
6-Proses
Komponen-komponen ini akan dinilai dan diubah untuk memastikan tahap kecekapan dan keberkesanan yang lebih tinggi.
Mengapakah kita memerlukan Sekolah Bestari?
Sekolah Bestari akan membantu negara melonjak ke Zaman Maklumat dengan membekalkan pendidikan yang diperlukan untuk memenuhi keperluan masa hadapan negara. Siapakah yang mula-mula mengkonsepsikan Sekolah Bestari? Kementerian Pelajaran Malaysia telah mula membangunkan konsep Sekolah Bestari pada tahun 1996, di bawah kepimpinan Tan Sri Dato' Dr. Wan Zahid Wan Mohamed, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia waktu itu. © Copyright

Pusat Akses Sekolah

Apakah itu Pusat Akses Sekolah?
Pusat Akses Sekolah mengamalkan konsep ala "cyber cafe" tetapi lebih menjurus kepada pembelajaran. Ia merupakan satu ruang pembelajaran yang disediakan bagi membolehkan murid membuat pembelajaran secara kendiri (self learning) dan mempelbagaikan gaya pembelajaran mereka. Murid boleh mencari dan memilih sumber pembelajaran secara sendiri mengikut kadar kendiri, terarah kendiri dan akses kendiri.
Apakah objektif Pusat Akses Sekolah?
Objektif Pusat Akses Sekolah ialah untuk:
1. Meningkatkan kemahiran murid dalam mencapai maklumat
2. Membolehkan murid melaksanakan pembelajaran kadar kendiri, terarah kendiri dan akses kendiri dengan lebih berkesan
3. Meningkatkan penggunaan dan penguasaan kemahiran ICT murid untuk pengajaran dan pembelajaran Bagaimanakah Pusat Akses Sekolah beroperasi? Pusat Akses Sekolah beroperasi semasa dan selepas waktu persekolahan. Ia juga digalakkan beroperasi pada hujung minggu dan cuti sekolah dengan syarat ada pengawasan oleh pihak sekolah yang boleh menjamin keselamatan peralatan dan boleh memantau penggunaan.
Apakah aktiviti murid di Pusat Akses Sekolah?
Murid boleh menggunakan Pusat Akses Sekolah ini untuk:
1. Mencari maklumat daripada Internet untuk pengajaran dan pembelajaran
2. Mengakses sumber maklumat seperti buku-buku, bahan bercetak atau bahan digital yang berkaitan (e-Learning)
3. Menyediakan tugasan dan slaid persembahan berkaitan dengan pembelajaran
4. Berkomunikasi dengan guru dan murid lain melalui e-mel
5. Berkolaborasi dengan murid lain
Siapa boleh menggunakan kemudahan Pusat Akses Sekolah?
Keutamaan menggunakan kemudahan Pusat Akses Sekolah diberikan kepada murid.
-Warga sekolah lain termasuk pentadbir sekolah, guru, dan staf sokongan boleh menggunakan kemudahan Pusat Akses Sekolah untuk memperoleh maklumat dari Internet.
Apakah peralatan yang akan dibekalkan?
-Setiap sekolah akan menerima peralatan 10 komputer dan satu pencetak untuk ditempatkan di perpustakaan atau mana-mana ruang bersesuaian. Peralatan tersebut dirangkaikan dengan rangkaian setempat.
Bilakah Pusat Akses Sekolah akan dipasang di sekolah?
-Penubuhan Pusat Akses Sekolah akan dilaksanakan secara berperingkat mulai tahun 2006. Apakah agihan penubuhan Pusat Akses Sekolah?
-Agihan penubuhan Pusat Akses Sekolah meliputi 70 peratus sekolah luar bandar dan 30 peratus lagi di bandar. 70 peratus daripada jumlah sekolah yang dipilih merupakan sekolah rendah manakala baki 30 pertaus adalah sekolah menengah.
Apakah kriteria pemilihan sekolah untuk mewujudkan Pusat Akses Sekolah?
Pemilihan sekolah bagi mewujudkan Pusat Akses dibuat berdasarkan kriteria berikut:
• 1. Ada ruang/bilik yang sesuai
• 2. Ada bekalan elektrik 24 jam
• 3. Ada akses kepada Internet
• 4. Ada Makmal Pengkomputeran
• 5. Kemahiran ICT warga sekolah
• 6. Komitmen pihak pentadbir sekolah
Apakah bahan sumber pengajaran dan pembelajaran yang boleh didapati di Pusat Akses Sekolah?
Terdapat tiga (3) bahan sumber pengajaran dan pembelajaran dalam membantu murid ke arah pembelajaran kendiri iaitu akses kendiri, kadar kendiri dan terarah kendiri. Bahan tersebut ialah:
1. Bahan yang dimuat turun melalui penggunaan enjin pencari maklumat Internet seperti Google, Yahoo, Altavista, dan sebagainya
2. Portal Pendidikan untuk mendapatkan maklumat khusus seperti portal BTP, MySchoolNet, MyTutor, Online Smart Learning, dan sebagainya
3. Bahan pembelajaran online seperti sumber digital dalam bentuk CD/VCD/DVD/CD audio seperti perisian kursus, perisian interaktif dan perisian berbentuk maklumat.
© Copyright