PRASARANA & PIAGAM






PIAGAM SEKOLAH 

Kami warga Sekolah Kebangsaan Sungai Anib 1 dengan penuh tekad dan iltizam berjanji akan menunaikan tanggungjawab kami dengan penuh ikhlas dan dedikasi untuk :-  

Memastikan agar setiap dasar dan arahan yang ditetapkan oleh Kementerian  Pendidikan Malaysia dan Jabatan Pendidikan Negeri dilaksanakan dengan sebaik-baiknya dan penuh tanggungjawab.  

Memastikan agar pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti, kreatif, kritis dan inovatif diaplikasikan di dalam bilik darjah agar pelajar memperolehi perkembangan seoptimum mungkin dari segi intelek, emosi, rohanai dan jasmani.  

Melahirkan pelajar yang berilmu pengetahuan dan berketrampilan serta mampu berinteraksi dengan masyarakat luar.  

Mencungkil bakat dan kebolehan pelajar dalam aspek kepimpinan kesenian, berkarya dan budaya yang sihat.  

Memupuk nilai-nilai murni kearah pembentukan akhlak dan peribadi luhur pelajar.  

Menyemai sikap cinta terhadap budaya sekolah dan menjadikan sekolah sebagai tempat untuk menimba ilmu pengetahuan. 

Menanam sikap peka terhadap perkembangan semasa, mesra dan bertoleransi.  

Bekerja dengan penuh keikhlasan iltizam, komited dan cekap.  

Menyediakan layanan dan perkhidmatan mesra dan adil sepanjang masa kepada ibubapa/penjaga dan agensi-agensi kerajaan yang memerlukannya.  

Mengamalkan prinsip bersih, cekap dan amanah dalam melaksanakan sebarang arahan tugas mahupun perkhidmatan yang diberi.