SECEBIS CORETAN

 

Assalamualaikum w.b.t.

       Alhamdullilah dipanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah swt kerana dengan izin dan hidayahnya dapat saya mencatatkan sepatah dua kata dalam ruangan ini.
       Abad ke-21 merupakan penuh cabaran kepada seluruh rakyat Malaysia kerana dalam abad ini kita berhadapan dengan Era Globalisasi, Alam Siber, Teknologi Maklumat dan sebagainya di mana kalau kita tidak bergerak seiring dengan kemajuan ini maka sudah pasti kita akan ketinggalan. Sebagai tunggak penyalur ilmu kepada seluruh lapisan masyarakat Malaysia, Kementerian Pelajaran Malaysia mengorak langkah, bergerak bersama seiring dengan negara-negara lain di dunia dengan memperkenalkan dasar-dasar baru, penyemakan semula sukatan pelajaran untuk disesuaikan dengan perkembangan pendidikan semasa. Langkah kerajaan dengan mewujudkan MSC (Multy Media Super Corridor), pelaksanaan pengajaran Matematik & Sains dalam bahasa Inggeris, pembinaan makmal komputer di sekolah-sekolah seluruh negara secara berperingkat-peringkat adalah sebahagian daripada usaha ini.
       Sebagai sebuah sekolah yang telah memiliki blog sendiri, maka pihak pentadbiran telah berusaha memurnikannya lagi dengan penambahbaikan dan ditambah nilai dari semasa ke semasa. Adalah diharapkan, blog sekolah yang sedia ada dapat dimanfaatkan oleh warga sekolah dan masyarakat setempat untuk lebih mengenali secara dekat perkembangan sekolah ini di samping membantu meningkatkan lagi tahap pencapaian murid di dalam akademik dan kokurikulum.
       Selaku pentadbir sekolah, saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada Sidang Pengarang Blog Sekolah yang sentiasa mengembeleng banyak tenaga dan idea bagi menjayakan projek ini di samping sentiasa bersedia memberikan sokongan dan dukungan demi menjayakan usaha murni ini. Semoga segala usaha ini dapat memberi banyak manfaat dan impak yang baik kepada warga sekolah ke arah melahirkan generasi cemerlang, gemilang dan terbilang.

"CEMERLANG dan BERKUALITI"

"1 MALAYSIA, RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN"

ABU BAKAR BIN MD ZAIN  
Guru Besar,  
SK. Sungai Anib 1 Sandakan


No comments:

Post a Comment